Blogger Backgrounds

Doa yang dibaca oleh Nabi agar dirinya dipermudahkan segala Urusan....

اللهم الطُف بنَا تَسير كُل عَسير فإن تَسير كل عَسير عَلَيكَ يسير

Wednesday 28 March 2012

sedikit perkonsian mengenai GERKO futsal sem 1 PPISMP.....




TAJUK TUGASAN:
UNDANG-UNDANG PERMAINAN FUTSAL


                           ISI KANDUNGAN

      Tajuk                                                                                 

M/s
Isi kandungan 
Penghargaan                                                         
i
ii
1.0 PENDAHULUAN                                                              
           1.1 Sejarah perkembangan futsal
2.0 UNDANG-UNDANG FUTSAL
2.1 Ukuran padang permainan
2.2  Saiz bola
2.3  Bilangan pemain
2.4  Prosedur penggantian
2.5  Alatan pemain
2.6  Jangka masa permainan
2.7  Cara menentukan jaringan
2.8  Kesalahan-kesalahan dan berkelakuan tidak sopan

Penutup
Refleksi
Rujukan
Borang kolaborasi





1.0 PENDAHULUAN


        1.1 Sejarah perkembangan futsal

 

                                                           Description: http://tbn0.google.com/images?q=tbn:W4KnVfSIxkfPGM:http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/b/b0/Futsal_pictogram.svg/300px-Futsal_pictogram.svg.png 

Futsal adalah satu bentuk permainan bola sepak dalaman yang terletak di bawah naugan FIFA yang dimainkan di seluruh dunia oleh lebih kurang 25 juta pemain. Istilah FUTSAL adalah satu istilah antarabangsa. Futsal adalah permainan 5 sebelah yang dimainkan secara dalaman di atas permukaan gelanggang yang berbagai. Asal permainan ini bermula pada tahun 1930 di Montevideo, Uruguay, apabila Juan Carlos Ceriani memperkenalkan bola sepak 5 sebelah untuk pertandingan belia
YMCA. Disebabkan versi permainan ini membentuk kemahiran, tindak balas pantas, hantaran tepat dan cekap minda, ia merupakan permainan yang menyeronokkan dan mencabar bagi kanak-kanak mahupun dewasa.

 Pemain-pemain terulung seperti Pele, Zico dan Ronaldo membesar dengan cara ini dan terhutang budi kepada Futsal. Futsal dimainkan dengan hantaran bola rendah, memerlukan pemain menggunakan kemahiran bukan hanya daripada hantaran dan hala tuju bola itu sendiri. Futsal dimainkan di dalam dewan. Pertandingan internasional pertama diadakan pada tahun 1965, Paraguay menjuarai Piala Amerika Selatan pertama. Enam perebutan Piala Amerika Selatan berikutnya diselenggarakan hingga tahun 1979, dan semua gelaran juara disapu habis Brasil. Brasil meneruskan dominasinya dengan meraih Piala Pan Amerika pertama tahun 1980 dan memenangkannya lagi pada perebutan berikutnya tahun pd 1984.
Kemudiannya, kejuaraan Dunia Futsal pertama diadakan atas bantuan FIFUSA (sebelum anggota-anggotanya bergabung dengan FIFA pada tahun 1989) di Sao Paulo, Brasil, tahun 1982, berakhir dengan Brasil di posisi pertama. Brasil mengulangi kemenangannya di Kejuaraan Dunia kedua tahun 1985 di Sepanyol, tetapi menderita kekalahan dari Paraguay dalam Kejuaraan Dunia ketiga tahun 1988 di Australia.
Pertandingan futsal internasional pertama diadakan di AS pada Disember 1985, di Universitas Negeri Sonoma di Rohnert Park, California. Futsal The Rule of The Game. Walau bagaimanapun, kini futsal semakin dikenali di negara kita Malaysia.


2.0 UNDANG-UNDANG FUTSAL

  2.1 Ukuran gelanggang permainan
Padang permainan bagi setiap permainan mempunyai ukurannya yang tersendiri. Begitu juga dengan padang permainan futsal. Seperti mana yang terkandung dalam undang-undang permainan futsal, permukaan semulajadi atau artfisial adalah mengikut peraturan pertandingan. Pada kebiasaannya, warna permukaan artifisial mestilah berwarna hijau. Kemudian, perlawanan futsal ini melibatkan FIFA , manakala permukaannya mestilah memenuhi kehendak FIFA. Padang futsal juga mempunyai ukuran seperti berikut:
  Ukuran gelanggang perlawanan antarabangsa :
            - panjang : minimum 38m, maksimum  42m
            - lebar : minimum 18m, maksimum 25m
  Terdapat kawasan gol , kawasan penalti, tiang bendera,  lengkok penjuru, tiang & palang gol.




Contoh padang atau gelanggang permainan futsal seperti yang digambarkan dalam gambar rajah di bawah:
Rajah 1:
Rajah 2:
 
Rajah 3:          

Rajah 4:
2.2  Saiz bola

  Berbentuk sfera
  Diperbuat daripada kulit atau bahan-bahan lain yang sesuai
  Lilitannya tidak melebihi 64 sm dan tidak kurang dari 62 sm. Beratnya tidak melebihi 440g  dan tidak kurang dari 400g pada permulaan permainan
  Tekanan udara bersamaan dengan 0.4 – 0.6 atmosfera (400-600 g/sm2) pada paras laut
  Jika bola rosak atau pecah semasa perlawanan :
          - perlawanan diberhentikan
          - perlawanan dimulakan semula dengan jatuhan bola di mana tempat
             mana bola mula bocor  atau rosak
Text Box:                                            


 


                                     





2.3  Bilangan pemain

  Satu perlawanan dimainkan oleh dua pasukan, setiap pasukan mengandungi tidak lebih lima pemain dan  seorang menjadi penjaga gol.
  Perlawanan rasmi (FIFA), maksimum tujuh penggantian boleh dilakukan.
  Paraturan pertandingan mesti menyatakan bilang pengganti yang boleh dinamakan, dari tiga hinggan maksimum tujuh.



Contoh kedudukan pemain
Description: http://lightspeed21.ucoz.com/Pola1122.jpg
 2.4   Prosedur penggantian
PEMAIN
  Pengganti hanya masuk setelah pemain yang digantinya itu telah keluar dan setelah menerima isyarat dari pengadil.
  Pengganti hanya masuk ke padang di garisan pertengahan padanag dan  semasa pemberhentian permainan.
  Penggantian adalah sempurna apabila pengganti masuk ke dalam padang permainan.
  Dari masa itu, pengganti menjadi pemain dan pemain yang digantikan itu tamat menjadi pemain.
  Seorang pemain yang telah digantikan tidak boleh mengambil bahagian d dalam perlawanan itu seterusnya.
  Semua pengganti adalah tertakluk kepada kuasa budi bicara pengadil, sama ada panggil untuk bermain atau tidak.
PENJAGA GOL
  Mana-mana pemain boleh bertukar tempat dengan penjaga gol dengan syarat:
           - pengadil diberitahu sebelum pertukaran dibuat
           - pertukaran di buat semasa bola di luar permainan

2.5 Alatan pemain
  KESELAMATAN
         - seseorang pemain tidak di benar menggunakan atau memakai sebarang peralatan yang merbahaya kepada diri sendiri atau pemain-pemain lain ( apa jua barang kemas)
  PERALATAN ASAS
       - Diwajibkan kepada pemain :
        -jersi / baju berlengan (jika pakaian dalaman digunakan, warna lengannya hendaklah sama dengan warna utama lengan jersi/ baju.
      - seluar pendek ‘thermal’, warnanya hendaklah sama dengan warna utama seluar pendeknya.
      - shin guard dibuat daripada getah, plastik atau bahan yang sama serta sesuai, boleh   memberi perlindungan pada tahap munasabah dan ditutupi keseluruhannya oleh stokin.

                          Contoh shin guard                                   Contoh kasut pemain
                                       
  WARNA
          - Berbeza antara pasukan, pengadil dan penolong pengadil.
          - Penjaga gol hendaklah memakai warna jersi yang membezakan dirinya dengan pemain lain.

Contoh jersi pemain











2.6 Jangka masa permainan
TEMPOH  PERMAINAN
          - Perlawanan hendaklah berakhir dalam masa 20 minit
  SEPARUH MASA
           -peruntukan separuh masa tidak melebihi 15 minit    
  PERUNTUKAN MASA TERBUANG
           - Peruntukan masa hendaklah dibuat pada setiap masa setiap separuh masa untuk jumlah masa yang
              terbuang melalui :  -penggantian
                                             - menilai kecederaan pemain
                                             - mengeluarkan pemain cedera dari padang untuk rawatan
                                             - membuang masa
                                              - sebab-sebab lain
           - Peruntukan masa terbuang adalah di bawah budi bicara pengadil.

2.7 Cara menentukan jaringan
  Gol dijaringkan apabila keseluruhan bola melintasi garisan gol, di antara tiang-tiang gol dan di bawah palang gol, dengan syarat tiada pelanggaran undang-undang permainan dilakukan sebelum itu oleh pasukan yang menjaringkan gol.
  Pasukan yang menjaringkan gol yang lebih semasa perlawanan dikira pemenang. Jika kedua-dua pasukan menjaringkan bilangan gol yang sama, atau jika tiada gol dijaringkan, perlawanan dikira seri.
  Apabila peraturan-peraturan pertandingan berkehendakkan sesuatu pasukan itu sebagai pemenang setelah perlawanan berkeputusan seri, hanya prosedur berikut yang telah diluluskan oleh Lembaga P.B. Antarabangsa, dibenarkan
           - Jaringan gol di tempat lawan
           - Masa tambahan
           - Sepakan dari tanda penalti

Contoh cara penjaringan gol

2.8 Kesalahan-kesalahan dan berkelakuan tidak sopan
  Keadaan-keadaan menjadi penentu suatu kesalahan:
          - dilakukan oleh pemain
          - berlaku di dalam padang permainan
          - ia berlaku apabila bola berada di dalam permainan
Jika pengadil memberhentikan permainan kerana kesalahan itu berlaku di luar padang permainan (apabila bola berada di dalam padang permainan), permainan mesti dimulakan semula dengan jatuhan bola di kedudukan bola berada apabila permainan diberhentikan, kecuali permainan diberhentikan di dalam kawasan gol. Dalam hal ini, pengadil menjatuhkan bola di garisan kawasan gol yang selari dengan garisan gol berhampiran dengan tempat bola berada apabila permainan diberhentikan.
Terdapat beberapa kesalahan-kesalahan dan kelakuan yang tidak sopan lain yang sering berlaku semasa perlawanan. Antaranya adalah:
  Cuai – tiada tindakan
  Gegabah – amaran
  Daya berlebihan – diperintah keluar
  Merempuh lawan (tanpa lengan & siku) – cuai, gegabah, daya berlebihan
  Memegang pemain lawan -  pengadil mencegah
                                                      - diberi amaran
                                                      - sepakan percuma / penalti & amaran
                                                      - penalti (berlaku di dalam kawasan penalti)
  Tidak bersemangat sukan – amaran
  Menggagalkan peluang jelas menjaringkan gol – diperintah keluar
         (dengan memegang lawan)
  Memegang bola – amaran
  Memegang bola dan menghalang jaringan – diperintah keluar
  Penjaga gol memegang bola luar kawasan penalti – sepakan percuma tidak terus
  Gerak laku menimbulkan kemarahan, membuka baju, memakai topeng – amaran
  Melambatkan permulaan semula permainan – amaran
  Melakukan kesalahan berulang - amaran 

PENUTUP

Permainan futsal merupakan salah satu permainan yang di kenali di Malaysia kini.Ini kerana, sering kita lihat sudah banyak gelanggang-gelanggang yang telah di bina bagi mempertingkatkan lagi mutu permainan ini.  Oleh itu, apabila saya mengkajinya, saya dapat mengetahui bahawa permainan ini bukanya sukar sangat untuk dimainkan tetapi untuk memiliki teknik-teknik  yang hebat ianya memerlukan kepada latihan yang berterusan. Sememangnya nampak sama dengan teknik permainan bola sepak, tetapi ada juga perbezaannya seperti keluasan saiz gelanggang, bilangan pemain, dan banyak lagi.
Hal ini kerana dengan membuat latihan, kita dapat meningkat  skil-skil tersebut. Selain itu, hasil daripada kajian mengenai sukan futsal ini juga kita mengetahui sejarah perkembangan futsal yang mana ianya bermula pada tahun 1930 di Montevideo, Uruguay .Malahan, kita juga dapat mengetahui undang-undang permainan futsal dan prosedur yang dilakukan sepanjang perlawanan dengan betul. Oleh itu, jelaslah di sini, bahawa permainan futsal ini merupakan sukan yang mempunyai keistimewaanya yang tersendiri. 


SELAMAT MENCUBA....





No comments:

Post a Comment